Tempatan

Isu LGBT: KPM Tidak Kompromi Soal Adab & Budaya Songsang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak berkompromi dalam soal adab, akhlak dan juga budaya songsang, kata Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.

Kenyataan beliau ini adalah bagi menjawab kepada dakwaan Datuk Ahmad Yahaya (PN-Pokok Sena) bahawa fahaman LGBT sudah mula menular di institusi persekolahan.

BACA JUGA: Tasik Chini Kekal Status Rizab Biosfera UNESCO

BACA JUGA: Kerajaan Pahang Tanggung Baki Kos Perubatan Adik Athif

BACA JUGA: Sup Tulang Babi Makanan Warisan, Rais Yatim Gesa Jabatan Warisan Nasihat Menteri

Sehubungan itu, kata beliau, KPM memberikan penekanan kepada aspek Karamah Insaniah melalui pembentukan akhlak, adab dan integriti.

Malah, penekanan Anak Baik Lagi Cerdik (ABC) merentas semua segmen dalam pendidikan turut akan diberi perhatian, katanya.

Beliau memberi penjelasan tersebut sewaktu sesi penggulungan perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Dewan Rakyat, semalam.

Dalam sesi tersebut, Fadhlina turut menjelaskan bahawa KPM sentiasa cakna serta proaktif dalam isu yang berkait rapat dengan gejala sosial yang berlaku dalam kalangan generasi muda.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: