Antarabangsa

Qatar Larang Bawa Bendera LGBTQ Ke Piala Dunia FIFA 2022

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

QATAR, 15 April 2022 – Penyokong lesbian, gay, biseksual, transgender, transeksual dan queer (LGBTQ) yang bakal menghadiri perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar, diingatkan untuk tidak membawa bendera pelangi mereka.

Jeneral Mejar Abdulaziz Abdullah Al Ansari berkata, polis berhak merampas bendera pelangi yang dibawa dan negara itu tidak akan bertoleransi dengan mereka yang melanggar undang-undang di sana.

Di Qatar, LGBTQ merupakan satu kesalahan.

BACA: Lelaki Gay Guna Quran Lap Lantai

BACA: Bukan Salah Mereka Minum, Lainlah Kalau Mereka Memandu – Syed Saddiq

BACA: Malaysia Negara Islam Mengarut – Gay Murtad IPT Selangor

“Kamu mahu tunjukkan pandangan kamu tentang situasi itu, tunjukkannya dalam masyarakat yang boleh menerimanya. Apa yang kami tahu, orang ini dapatkan tiket, datang ke sini untuk saksikan perlawanan, bukan untuk berdemo, (perbuatan) politik atau apa-apa yang ada dalam fikirannya. Tonton perlawanan itu. Itu adalah bagus. Jangan masuk dan hina masyarakat kerana ini,” tegas Abdulaziz.

Peringatan ini walau bagaimanapun ditempelak oleh penyokong LGBTQ. Tempelakan itu mendapat perhatian dari seorang pengguna Twitter, Chisea, yang menegaskan, seseorang mestilah adil dalam semua perkara.

“Apabila Perancis mengharamkan wanita Islam dari memakai hijab, cepat sahaja sesetengah orang cakap ‘itu negara mereka, peraturan mereka’, tetapi, sebaik sahaja Qatar haramkan bendera LGBTQ, orang cakap itu satu masalah?  Kamu tidak boleh ambil dan pilih untuk bersuara apabila benda itu sesuai dengan kamu.”

“Kamu tidak boleh sesuka hari bercakap mengenai sesuatu perkara yang sesuai dengan kamu. Jadilah adil dalam semua perkara. Mudah sahaja,” tegas @Hazariio.

FIFA 2022 akan diadakan di Qatar bermula dari 21 November hingga 18 Disember 2022. Ini merupakan perlawanan julung kalinya di mana negara Arab menjadi tuan rumah.

Leave a Reply

Back to top button