Antarabangsa

Terperangkap Dalam Hujan Lebat India: Rakyat Malaysia Akan Dibawa Pulang Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HIMACHAL PRADESH, 13 Julai 2023 – 10 orang rakyat Malaysia yang terperangkap di pergunungan Manali, Himachal Pradesh susulan fenomena hujan lebat yang melanda Wilayah Utara India semalam akan dibawa pulang hari ini.

“Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi ingin mengesahkan telah dapat berhubung dengan salah seorang dari sepuluh (10) rakyat Malaysia tersebut. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan bahawa kesemua mereka berada dalam keadaan selamat di Manali. Berikutan perkembangan ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi akan berusaha untuk membawa keluar kumpulan tersebut ke New Delhi pada hari Khamis, 13 Julai 2023,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.

BACA JUGA: Malaysia Catat 26.8 Juta Pengguna Media Sosial Setakat Januari 2023, YouTube Paling Tinggi

BACA JUGA: Melampau! Penganut Buddha Thailand Pula Pijak Al-Quran

BACA JUGA: Rejim Israel Mesti Diseret Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa – MAPIM

Tambahnya, sekiranya rancangan evakuasi berjalan dengan lancar, kumpulan tersebut dijangka akan mengambil penerbangan pulang ke Malaysia pada hari yang sama.

Semalam, kementerian itu melaporkan bahawa pihaknya melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan 12 rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing berikutan fenomena hujan lebat yang telah melanda Wilayah Utara India pada 9 Julai 2023.

Selepas hampir seharian, Wisma Putra kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan media baharu memaklumkan bahawa salah seorang daripada rakyat Malaysia tersebut telah dapat dihubungi.

“Laporan awal yang menyatakan sekumpulan 12 rakyat Malaysia didapati telah gagal dihubungi oleh ahli keluarga berikutan fenomena hujan lebat yang melanda Wilayah Utara India pada 12 Julai 2023 telah dikemas kini. Maklumat terkini yang diperolehi ialah hanya sepuluh (10) rakyat Malaysia yang terlibat manakala dua (2) lagi daripada mereka adalah rakyat China dan British. Kedua-dua rakyat asing tersebut juga dilaporkan dalam keadaan selamat.”

Hujan lebat tanpa henti yang melanda Himachal Pradesh menyaksikan sebanyak 78 nyawa diragut, 94 cedera, 39 kejadian tanah runtuh, satu awan letusan, dan 29 kejadian banjir kilat, manakala lapan orang dilaporkan masih hilang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: