Tempatan

Gempa Bumi: Kementerian Luar Negeri Lancar Kempen Sumbangan Kemanusiaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 11 Februari 2023 – Kementerian Luar Negeri (KLN) telah melancarkan kempen sumbangan kemanusiaan melalui Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) bagi membantu mangsa tragedi gempa bumi yang melanda Turkiye baru-baru ini.

Siaran akhbar KLN melaporkan, tabung bencana itu telah bermula sejak 10 Februari dan akan berterusan sehingga 23 Februari 2023.

Pihak Kementerian mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai, kumpulan korporat dan perniagaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) melalui TBKLN. Sumbangan boleh dibuat terus kepada TBKLN melalui akaun yang tertera dalam lampiran di bawah.

WhatsApp-Image-2023-02-11-at-5.37.47-PM.jpeg?resize=368%2C368&is-pending-load=1#038;ssl=1

“Bagi tujuan rekod dan pengeluaran resit, sila nyatakan butiran sumbangan anda melalui pautan https://tinyurl.com/yck9tnen. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Sekretariat TBKLN melalui emel [email protected].”

BACA JUGA: 50% Warga Malaysia Gagal Capai ‘Minimum Living Wage’

BACA JUGA: Islamofobia Sering Dicipta Bertujuan Menakutkan Bukan Islam – Pengerusi UMMAH

BACA JUGA: Mungkin Perlu Tunggu Menteri Agama Kelima Selesaikan Isu Elaun Guru KAFA – CIJ

Tambah kenyataan itu, sumbangan yang dibuat layak dituntut sebagai potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Mengulas lanjut, TBKLN ditubuh pada 2006 bertujuan untuk mengumpul serta menyelaras dana bantuan daripada orang awam di Malaysia bagi membantu mangsa bencana alam di luar negara.

Atas semangat dan keprihatinan Malaysia Madani, usaha ini diteruskan lagi dengan mengumpul sumbangan kemanusiaan bagi membantu mangsa gempa bumi yang terkesan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: