Tempatan

Konflik Palestin-Israel: Kedutaan Malaysia Di Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 16 Oktober 2023 – Kerajaan mengeluarkan arahan berjaga-jaga buat Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan dan memantau keadaan rakyat memandangkan kawasan di Selatan Lubnan turut menjadi serangan pihak Israel.

Kementerian Luar (Wisma Putra) menerusi kenyataan berkata, arahan itu turut merangkumi pasukan pengaman ATM-PBB (MALBATT) yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

“Sebagai langkah awal, Kerajaan telah memutuskan agar ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia kembali ke Malaysia sehingga keadaan keselamatan membenarkan, berikutan kawasan selatan negara itu turut diserang Israel.”

Katanya, keputusan itu adalah langkah proaktif Kerajaan bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia menjadi keutamaan negara.

“Walau bagaimanapun, Kedutaan Besar Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa,” tambahnya.

Wisma Putra turut memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah berhubung rapat dengan 12 warga Malaysia serta keluarga yang kini bermastautin di Lubnan.

Dalam pada itu, warga Malaysia juga disarankan agar menangguhkan perjalanan yang tidak penting (non-essential travel) ke Lubnan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular dan mempunyai pertanyaan boleh berhubung dengan pihak kedutaan di talian +961 (1)1970207 (pejabat) atau +961-71380063 (bimbit) atau email [email protected].

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: