Tempatan

Malaysia Catat 26.8 Juta Pengguna Media Sosial Setakat Januari 2023, YouTube Paling Tinggi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2023 – Malaysia mencatatkan 26.8 juta pengguna media sosial setakat Januari 2023 dimana YouTube mencatatkan jumlah pengguna tertinggi, lapor sebuah portal, DateReportal.

Lapor portal tersebut, bilangan pengguna media sosial di Malaysia pada awal tahun 2023 bersamaan dengan 78.5 peratus daripada jumlah populasi.

Antara beberapa rangkaian media sosial, YouTube mencatatkan jumlah pengguna yang tertinggi iaitu 23.9 juta pengguna di Malaysia pada awal 2023.

Ia diikuti dengan platform Facebook, yang mencatatkan 20.25 juta pengguna pada awal 2023.

BACA JUGA: Ternak Ayam Dikandang Babi: Tauke Tiada Lesen Telah Dikompaun

BACA JUGA: Projek Lapangan Terbang Baharu Tioman Hanya Menguntungkan Pemaju-Aktivis

BACA JUGA: Malaysia ‘Negara Melayu’ Selari Perlembagaan, Peguam Gesa Kerajaan Perjelas ‘3R’

Selain itu, pengguna Instagram pula mencatatkan seramai 13.90 juta pengguna, namun platform ini mengehadkan penggunaannya kepada orang yang berumur 13 tahun ke bawah.

Bagi platform TikTok, seramai 19.30 juta pengguna yang berumur 18 tahun ke atas dicatatkan pada awal tahun ini.

Facebook Messenger pula mencatatkan 11.20 juta pengguna di mana 46.9 peratus terdiri daripada pengguna perempuan dan 53.1 peratus terdiri daripada pengguna lelaki.

Seterusnya, untuk platform LinkedIn, sebanyak 7 juta pengguna di Malaysia dicatatkan.

Manakala bagi Snapchat dan Twitter, masing masing mencatatkan 1.45 juta dan 5.50 juta pengguna pada awal tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: