Antarabangsa

Pemimpin Sweden Bakar Al-Quran Secara Terbuka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SWEDEN, 19 April 2022 – Rasmus Paludan, seorang ahli politik Sweden mencetuskan sentimen keagamaan dengan membakar Al-Quran dalam satu demo yang diadakan berhampiran kawasan yang dihuni oleh Muslim.

“Masa untuk membakar banyak Al-Quran. Kami juga mungkin akan membawa darah babi dan menuangnya ke atas Al-Quran,” kata pemimpin parti Stram Kurs itu di dalam Facebooknya sebelum itu.

Menurut Business Insider, Paludan, seorang peguam Denmark berusia 40 tahun dengan kewarganegaraan Sweden, menubuhkan Stram Kurs, atau Hard Line, pada 2017 dengan agenda anti-pendatang dan anti-Muslim serta menyokong pengharaman Islam dan pengusiran besar-besaran orang “bukan Barat”.

Tindakan provokasinya itu mengakibatkan berlaku rusuhan yang berlangsung selama empat hari.

Ini bukan kali pertama Rasmus membakar Al-Quran. Sebelum ini, pemimpin parti anti-Muslim itu mencetuskan kemarahan umat Islam apabila membakar Al-Quran di Malmo, sebuah kota di selatan Sweden pada 2020.

Malaysia, melalui Wisma Putra mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar Al-Quran di Sweden.

Menurut Wisma Putra, tindakan sedemikian telah melampaui batasan dan garis norma hak kebebasan bersuara termasuk dalam isu pelaksanaan amalan beragama.

“Tindakan tersebut merupakan suatu usaha provokasi dan berniat menghasut kebencian yang mesti ditolak oleh semua pihak yang ingin hidup bersama dalam budaya damai.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: