Tempatan

Semakan Kehakiman Swatch Terhadap KDN Ditangguh 23 Ogos

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2023 – Permohonan semakan kehakiman oleh syarikat jam tangan Swatch terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung rampasan jam tangan koleksi Pride ditangguhkan ke 23 Ogos depan.

Lapor media, penangguhan dibuat oleh Hakim Amarjeet Singh apabila perkara itu dibangkitkan di kamarnya semalam.

Difahamkan, Swatch memohon untuk membuat beberapa pindaan dalam semakan berkenaan.

BACA JUGA: Lapor Segera Maklumat Berkaitan Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ – Menteri Agama

BACA JUGA: Sokong Eksport RE Ke Negara Jiran, Malaysia Bakal Perkenal Pertukaran Negara

BACA JUGA: Sanusi Buat Tuntutan Saman Fitnah Terhadap Menteri Dalam Negeri

Pada 24 Jun, The Swatch Group (M) Sdn Bhd telah memfailkan permohonan semakan kehakiman melalui Tetuan Nizam Bashir & Associates, di mana mereka telah menamakan Ketua Setiausaha KDN, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan Kementerian, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan sebagai responden pertama, kedua, ketiga dan keempat.

Swatch memohon perintah certiorari daripada mahkamah bagi membatalkan notis rampasan, perintah mandamus supaya responden memulangkan jam tangan beserta ganti rugi.

Menurut Swatch, jam itu sudah terjual dan diedarkan sejak lebih setahun lalu namun pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam atau pihak berkuasa.

Mereka juga kononnya mendakwa gambar pelangi dan akronim LGBTQIA2S+ bukanlah perkataan terlarang di Malaysia malah dikatakan jam itu tidak mepromosikan sebarang aktiviti seksual sebaliknya hanyalah ekspresi kedamaian dan kasih sayang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: