Tempatan

Akta Anti Serangan Seksual, Tribunal Siap Hujung Tahun – Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 22 Julai 2023 – Tribunal berkaitan Akta Anti Gangguan Seksual 2022 (Akta 840) akan dimuktamadkan selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri tribunal itu kini hanya dalam proses pelantikan ahli panel berikutan peraturan bagi membentuk tribunal itu sudah pun dirangka.

BACA JUGA: Polis Siasat Kereta Siti Kasim Dipasang Bom

BACA JUGA: Bekas Balang Akuarium: Penggunaan Bekas Bukan Tujuan Makanan Adalah Dilarang – KKM

BACA JUGA: Lapor Segera Maklumat Berkaitan Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ – Menteri Agama

Menurut beliau, tribunal tersebut berfungsi untuk mendengar dan melaksanakan proses pendakwaan atau pun pengadilan terhadap setiap aduan yang membabitkan gangguan seksual.

Untuk makluman, Akta Anti Gangguan Seksual 2022 telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 8 Oktober tahun lalu dan diwartakan pada 18 Oktober tahun yang sama.

Akta tersebut merupakan tumpuan utama daripada pihak KPWKM dalam mengekang segala bentuk gangguan seksual dalam masyarakat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: