Tempatan

Penyanyi Coldplay Berkali-Kali Zahirkan Sokongan Kepada “Eljibiti” – Gerakan Pengundi Sedar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGI, 11 Mei 2025 – “Chris Martin, penyanyi kumpulan Coldplay yang akan membuat persembahan di Malaysia beberapa kali menzahirkan sokongan terhadap “eljibiti” dalam konsert mereka dengan mengibarkan bendera. Bukan sekali bahkan beberapa kali termasuk ketika konsert di Singapura pada tahun 2017,” kata Gerakan Pengundi Sedar dalam satu kenyataan.

Oleh itu, NGO tersebut memohon agar Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk lebih berhati-hati.

BACA JUGA: Tindakan Bacul Rejim Zionis Israel Menyerang Semenanjung Gaza Perlu Dikutuk

BACA JUGA: MAPIM Gesa Anwar Tolak Segala Percubaan Normalisasi Rejim Haram Aparteid Israel

BACA JUGA: Kerajaan Sasar Tiada Penggunaan Beg Plastik Seluruh Negara Menjelang 2025

Kata organisasi itu, mereka bukanlah menidakkan wujudnya konsert-konsert artis dari negara luar pada zaman pemerintahan kerajaan sebelum ini, namun, mereka mempersoalkan sokongan terbuka yang ditunjukkan.

“Bukan menidakkan konsert-konsert artis dari negara luar berlaku pada zaman pemerintahan kerajaan sebelum ini. Malah jika PN memerintah sekalipun, konsert seperti ini mungkin tetap akan berlaku tanpa dapat disekat serta-merta. Persoalannya adalah, sokongan terbuka terhadap hedonisme dan secara tidak langsung ideologi songsang yang dibawa mereka.”

Dalam perkembangan lain, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan mahu Kerajaan membatalkan konsert kumpulan rock terkenal British Coldplay yang dijadualkan di Kuala Lumpur, pada 22 November depan juga atas alasan bawa budaya tidak sihat seperti LGBT.

Beliau turut mempersoalkan adakah tindakan Kerajaan itu bertujuan mahu menyuburkan budaya hedonisme dan songsang di negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: