Tempatan

Lapangan Terbang Pulau Tioman: Menteri Perlu Turun Padang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN, 22 Julai 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim digesa agar turun padang dan melihat sendiri keadaan sebenar lokasi cadangan Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman Baharu (NTIA), bukan hanya meneliti laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) semata-mata.

“Menteri perlu menghantar pasukan pakar untuk turun ke lokasi yang dikatakan sebagai tapak projek bagi melihat sendiri keadaan sebenar dan keputusan atau analisis bukan hanya melalui laporan oleh pihak terdahulu.”

BACA JUGA: Sokong Eksport RE Ke Negara Jiran, Malaysia Bakal Perkenal Pertukaran Negara

BACA JUGA: Kementerian Sedang Teliti Cadangan Pelaksanaan Cukai Karbon

BACA JUGA: Kerajaan Pahang Berjaya Tangkap 6 Individu Terlibat Perlombongan Mineral Haram

“Banyak pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyampaikan permasalahan ini namun masih diambil enteng setelah beberapa tahun berlarutan,” kata Penganalisis Biro Polisi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Noor Fadzli Shah Noor Hashim.

Jelasnya, pihaknya turut bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk melihat dasar dan polisi yang diguna pakai masih relevan atau tidak dalam mengatasi serta menjadi pemudah cara kepada kemelut isu ini.

Dalam pada itu, Noor Fadzli Shah turut menegaskan pihaknya menolak cadangan pembangunan lapangan terbang yang dikatakan berisiko menyebabkan kerosakan fizikal kehilangan habitat hidupan marin di pulau berkenaan.

Katanya, tidak perlu ada perbincangan lanjut tentang bagaimana untuk merealisasikan lapangan terbang berkenaan kerana sudah jelas banyak kemusnahan akan berlaku dan merugikan aset dan produk pelancongan dalam kerakusan untuk menambah jumlah bilangan pelancong yang masuk ke Pulau Tioman.

Sebelum ini, media melaporkan, pembangunan lapangan terbang itu di Pulau Tioman bukan sahaja boleh memusnahkan fizikal ekosistem marin terutamanya terumbu karang namun boleh juga menjadi ancaman buat mata pencarian penduduk, dan industri pelancongan Tioman.

Namun begitu, Kerajaan tidak mahu mengulas lanjut isu ini sebelum penelitian semula laporan EIA dibuat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: