NGO

Semua Pihak Contohi PM Perkasa BM Di PBB – Wirawati PERKASA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kenyataan Pergerakan Wirawati Perkasa Malaysia

“Takkan Melayu hilang di dunia” itulah kata-kata keramat yang selalu kita dengar sejak zaman kanak-kanak lagi dan kini boleh  digambarkan mengenai usaha pemimpin Nombor Satu Malaysia baru-baru ini.

Hari ini kata-kata ini menjadi satu kenyataan di mana pada 24 September yang lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mencipta satu lagi sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama berucap menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berlangsung di New York , Amerika Syarikat.

Perdana Menteri kita menjadi kebanggaan terutama sekali gus menjadi ‘role model’ kepada semua NGO Islam termasuk kami di Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang mana memperjuangkan dan mempertahankan agenda Melayu menjadi pokok utama perjuangan sepanjang masa.

PERKASA hari ini ingin menyeru kepada seluruh ahli agar dapat mencontohi semangat yang diangkat oleh Perdana Menteri yang bangga memperkenalkan pakaian dan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Gunakanlah pakaian, tuturkanlah bahasa kita walau di mana jua berada tanpa ada rasa malu dan segan.

Marilah kita bersama-sama bangkit dan mengorak langkah menaikkan bangsa Melayu ke tahap global yang bukan sahaja dikenali kerana kehebatan adat budaya tetapi keluhuran peribadi yang mulia.

Semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua untuk teruskan perjuangan memperkasakan MELAYU sehingga ke akhir hayat.

MARLINA BINTI MADJID
KETUA PENERANGAN WIRAWATI PERKASA MALAYSIA

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: