Tempatan

FELDA Agih RM9.7 Juta Bantuan Musim Tengkujuh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Januari 2023 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM9.7 juta yang memanfaat 12,138 peneroka tanaman getah seluruh negara.

FELDA dalam kenyataannya berkata, bantuan berjumlah RM800 bagi setiap peneroka akan diberikan dalam tiga fasa bermula Januari, Februari dan Mac ini.

BACA JUGA: Kenyataan Asiah Menghina Nabi, Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan – PU Syed

BACA JUGA: Sambut Pelancong China, MOTAC Letak Pegawai Fasih Mandarin & Sediakan Laluan Mudah

BACA JUGA: Status Perak Sebagai Negeri Tertinggi Tanah Rizab Melayu Jadi Persoalan

“Bayaran bantuan ini disalurkan kepada peneroka atau pentadbir sementara (sebagai penerima) secara bulanan dalam beberapa fasa mulai 6 Januari ini dalam tempoh tiga bulan secara terus ke akaun bank.”

“Bayaran fasa pertama dan kedua masing-masing RM300 manakala fasa ketiga RM200.”

“Peneroka tanaman getah yang layak menerima bantuan ini adalah mereka yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA, mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah serta mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA,” katanya.

Menurut kenyataan, bantuan yang menggunakan sepenuhnya dana dalaman FELDA ini diharap dapat meringankan beban peneroka tanaman getah yang terjejas ketika musim tengkujuh ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: