EkonomiTempatan

Bajet 2023: Pekebun Kecil Getah Nikmati Tambahan RM200

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Oktober 2022 – Menerusi Bajet 2030, Kerajaan menaikkan jumlah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah negara ini daripada RM600 kepada RM800.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, BMT yang membabitkan peruntukan RM256 juta itu akan diberikan RM200 sebulan selama empat bulan kepada 320,000 pekebun kecil.

Sebelum ini dalam Bajet 2022, pemberian BMT sebanyak RM600 disalurkan melalui dua peringkat iaitu RM300 pada November 2022 dan RM300 pada Disember 2022.

Selain itu, bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah, Insentif Pengeluaran Lateks turut diperkenalkan bersama program TARGET (Projek Transformasi Perusahaan Getah) untuk menambah baik rantaian bekalan bahan mentah melalui koperasi.

Kerajaan juga akan memperkenalkan Skim Perlindungan Pertanian untuk melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca, penyakit dan makhluk perosak, bermula dengan pesawah padi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bantuan kepada pesawah akan diperkenalkan semula untuk tahun depan dengan memberi bantuan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim yang memanfaatkan 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta.

Beliau berkata pelbagai subsidi dan insentif merangkumi subsidi harga padi, baja pagi, benih padi sah, baja padi huma dan insentif padi serta insentif tangkapan hasil nelayan dengan peruntukan RM1.8 bilion – meningkat RM100 juta berbanding sebelum ini.

“Kerajaan akan tetap memastikan kebajikan dan sokongan yang berterusan kepada para pesawah, nelayan dan pekebun kecil,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: