EconomyEkonomiTempatan

Tiada Permohonan Bubar Parlimen, Belanjawan 2023 Dibentang Jumaat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Oktober 2022 – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Dewan Rakyat ketika majlis menghadap di Istana Negara petang tadi.

Perkara itu disahkan Istana Negara dalam kenyataan di Facebook rasmi malam ini, yang memaklumkan Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat pra-Kabinet.

Menurut kenyataan tersebut, mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan Kerajaan.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan bahawa Bajet 2023 akan dibentangkan petang esok oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, seperti dijadualkan dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.

Sebelum ini juga, tular dakwaan palsu bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi meminta Parlimen dibubarkan segera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: