Tempatan

Bajet 2023: Peruntukan RM50 Juta Untuk Penghasilan Filem Patriotik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Oktober 2022 – Sektor kreatif tidak terlepas daripada menerima manfaat menerusi Bajet 2023 apabila Kerajaan mengumumkan peruntukan RM50 juta sebagai dana untuk menghasilkan filem berunsur patriotik.

“Penerbitan filem berunsur patriotik sentiasa menambat hati rakyat. Bermula dengan karya seni Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan yang digarap hebat, hinggalah ke filem Ola Bola dan Mat Kilau, semuanya memberi impak dalam mencambahkan benih cinta rakyat kepada negara,” kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Selepas kejayaan Mat Kilau meraih kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman, Kerajaan pasti ia mendorong lebih ramai pengkarya untuk menerbitkan filem seperti itu. Oleh itu, Kerajaan akan menyediakan RM50 juta sebagai Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN) bagi menggerakkan industri kreatif tempatan.

Di samping itu, beliau turut memaklumkan mengenai Dana Kandungan Digital berjumlah RM102 juta bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak karya kreatif serta memasarkan produk penggiat seni.

Sebagai sokongan terhadap penggiat industri yang mencipta kandungan kreatif berkualiti tinggi, Kerajaan akan memberi potongan cukai kepada sumbangan Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Bukan itu sahaja, kerajaan juga akan mempergiat Program Merakyatkan Seni, Budaya dan Warisan di peringkat akar umbi dengan peruntukan berjumlah RM25 juta.

Demikian pengumuman dari Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk peruntukan tersebut ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: