Tempatan

Bajet 2023: Kadar Cukai Pendapatan M40 Dikurangkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Oktober 2022 – Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan individu bermastautin dari golongan M40 sebanyak dua mata peratusan.

Perkara ini diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 pada hari Jumaat semalam.

“Kadar cukai pendapatan individu bermastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi mereka yang berpendapatan RM50,000 hingga RM100,000,” kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Bagi individu berpendapatan lebih RM50,000 hingga RM70,000, ia diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus, manakala pendapatan lebih RM70,000 hingga RM100,000 pula, diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus.

Selain itu, banjaran pendapatan bercukai lebih RM250,000 hingga RM400,000 akan digabungkan dengan banjaran lebih RM400,000 hingga RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus.

Insentif dalam Bajet 2023 itu akan menyaksikan penjimatan cukai sehingga RM1,000 untuk kumpulan pertengahan dan sehingga RM250 untuk kumpulan teratas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: