1,000 Kawasan Potensi Tanah Runtuh Dikenal Pasti, Namun Kementerian Akui Tiada Dana
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 18 Januari 2023 – Kementerian Kerja Raya memaklumkan walaupun lebih 1,000 kawasan berpotensi tanah runtuh di seluruh negara telah dikenal pasti, namun pihaknya tidak dapat mengambil langkah awal kerana kekurangan dana.
“Malangnya, kami tidak boleh mengambil tindakan mitigasi atau tindakan awalan kerana kami agak kesempitan dengan apa yang kami ada dari segi kewangan,” kata Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam program Consider This di Astro Awani Ini.
BACA JUGA: Bencana ASF Pulau Pinang: Lagi 4 Ladang Babi Dijangkiti
BACA JUGA: AMARAN Hujan Berterusan Bagi Pantai Timur Hingga Ahad Ini
BACA JUGA: Rakyat Perlu Sedar, Bahaya CPTPP Bukan Kecil
Jelasnya, piawaian antarabangsa menetapkan jalan raya perlulah diturap semula setiap lima tahun ataupun berdasarkan jenis jalan, namun Malaysia mematuhi sepenuhnya piawaian tersebut.
Malah katanya, ada jalan di Malaysia yang tidak diturap lebih dari 20 tahun.
“Ia sangat membimbangkan.”
“Kami tahu bahawa kami perlu membelanjakan begitu banyak wang untuk mengekalkan taraf jalan kita pada tahap itu, tetapi kerana kekurangan dari segi pembiayaan yang tersedia kepada kami, kami sebenarnya tidak dapat melaksanakan penyelenggaraan seperti yang sepatutnya.”
Namun begitu, Alexander berkata, beliau akan merayu kepada Kementerian Kewangan untuk ‘bahagian saksama’ Kementerian Kerja Raya dalam Belanjawan akan datang.