Bajet 2023: Sektor Pertanian Akan Diberi Peruntukan Lebih Tinggi – Menteri
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 09 Februari 2023 – Kerajaan bercadang untuk menaikkan peruntukan bagi sektor pertanian tempatan dalam pembentangan semula Bajet 2023 pada 24 Februari ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Menurutnya, banyak program akan diperkenalkan bagi industri pertanian untuk menggalakkan lebih ramai orang menyertai sektor berkenaan.
BACA JUGA: Bajet 2023: Galen Centre Cadang Mansuh Caj Hospital Kerajaan
BACA JUGA: Diplomat Utama EU Berjiwa Rasis- Menteri Luar Rusia
BACA JUGA: KKM Tutup Restoran Makanan Segera Kota Kemuning
“Kami mahu ini lebih mampan dengan memperkenalkan lebih banyak peruntukan dan juga program untuk memacu industri ini.”
Katanya, adalah sebahagian daripada matlamat jangka panjang Kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara dan mengurangkan kebergantungan kepada import.
“Kami berharap ini akan menggalakkan lebih ramai orang menyertai sektor pertanian tempatan, dan dalam jangka panjang,” katanya semasa pelancaran laporan Pemantau Ekonomi Malaysia terbaharu Bank Dunia hari ini.