Tempatan

KPDNHEP Umum Harga Minyak Turun

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2022 – Harga minyak petrol diumumkan turun bermula hari ini, 28 Julai 2022 sehingga 03 Ogos 2022, demikian makluman dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Twitter rasminya, semalam.

Berdasarkan infografik tersebut, harga runcit produk petroleum RON97 iaitu jenis minyak yang boleh digunakan oleh semua kenderaan di Malaysia dan asing turun sebanyak 10 sen iaitu RM 4.55 seliter.

Walau bagaimanapun, harga runcit bagi dua lagi produk petroleum iaitu RON95 dan diesel masih kekal seperti sebelum ini dengan harga RM2.05 seliter bagi RON95 dan diesel kekal RM2.15 seliter.

RON95 merupakan produk petroleum yang diberikan subsidi oleh Kerajaan iaitu setiap liter minyak RON95 yang dibeli oleh rakyat ditanggung kosnya sebanyak RM1.65 oleh Kerajaan.

Malangnya, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pernah mendedahkan bahawa Kerajaan terpaksa menanggung bebanan tekanan kewangan sebanyak RM28 bilion pada tahun ini sekiranya subsidi minyak sedia ada dikekalkan ketika kenaikan harga pasaran minyak dunia ketika ini.

Di samping itu, golongan berpendapatan tinggi (T20) pula sedang menikmati subsidi petrol RON95 sehingga berjumlah RM8 bilion pada tahun ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: