Tempatan

Anwar Janji Adakan Usul Undi Percaya PM 19 Disember Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 November 2022 – “Usul Undi Percaya akan menjadi agenda pertama sewaktu Sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini,” demikian janji Perdana Menteri baharu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media rasminya yang pertama semalam.

Ujarnya, langkah itu bertujuan apabila ada pihak mempertikai kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri sekali gus dilihat menjejaskan kestabilan Kerajaan walaupun sepatutnya isu keabsahan tidak berbangkit kerana Kerajaan Perpaduan memiliki majoriti mencukupi.

“Saya ingin menyatakan kesediaan menguji keabsahan Kerajaan Perpaduan di Parlimen.”

Kerajaan Perpaduan Nasional kini didukung oleh Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas.

Selain itu Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan, Kerajaan akan membentangkan dan meluluskan emolumen bagi penjawat awam terlebih dahulu dalam sidang Parlimen 19 Disember ini, sebelum Bajet 2023 dibentangkan semula.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: