Tempatan

RM3,000 Untuk Bapa Tunggal Layak BKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Oktober 2022 – Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dalam Bajet 2023 akan memberi bantuan tambahan bernilai RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan melayakkan mereka menerima bantuan maksimum sehingga RM3,000 berbanding RM2,500 pada 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, BKM 2023 dengan peruntukan RM7.8 bilion merupakan bantuan komprehensif yang ditambah baik dan akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 2020 yang memanfaatkan lima juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion.

“Misalnya pasangan Firdaus dan Nur Aliza dari Pasir Gudang yang mempunyai lima orang cahaya mata telah menerima BKM sebanyak RM2,000 tahun ini, tahun hadapan mereka akan layak menerima BKM RM2,500.”

“Dan Lee Ming Hoon pula seorang ibu tunggal dari Sitiawan membesarkan tiga orang anak mendapat BKM RM1,300 tahun ini dan layak menerima RM1,500 pada tahun 2023,” umum beliau dalam sesi pembentangan bajet 2023 pada Jumaat lalu.

Tambah Tengku Zafrul, warga emas yang tiada pasangan dan golongan bujang, masing-masing akan turut menerima Bantuan Keluarga Malaysia sebanyak RM600 dan RM350, bergantung kepada had pendapatan masing-masing.

“Atas keprihatinan Kerajaan kepada golongan susah dan B40, bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan BKM untuk tahun 2023 akan melebihi RM10 bilion. Diharap bantuan ini dapat menghela nafas lega para penerima dan digunakan sebaiknya mengikut keperluan masing-masing.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: