Tempatan

Kalau Beli Racun Kami Sekeluarga Kelaparan – Penoreh Getah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEDAH, 14 September 2022 – “Kami terpaksa mementingkan perut anak-anak dan isteri terlebih dahulu sebelum membeli racun atau baja getah. Jika kami tumpu kepada baja atau racun bagi menambah pengeluaran, sudah pasti kami sekeluarga tidak makan.”

“Keadaan hari ini bertambah perit dengan hujan yang sering melanda sehingga kami terpaksa ‘gantung pisau’,” kenyataan itu dikeluarkan seorang penoreh getah yang berusia 60 tahun, Baharudin Awang Kasa dari Kampung Tong Pelu, Kedah apabila berdepan dengan harga barangan keperluan harian yang semakin hari semakin mahal tetapi, dalam masa sama turut menanggung derita kenaikan harga baja dan racun.

Encik Baharudin berkongsi di mana, baru-baru ini beliau menjual getah sekerap yang dikumpul selama sebulan tetapi hanya mendapat RM200 sahaja dan kemudiannya perlu dibahagi pula dengan pemilik kebun.

“Oleh itu saya merayu pada pihak yang bertanggungjawab supaya dapat meningkatkan harga getah supaya penoreh tidak menanggung penderitaan lagi akibat kenaikan harga barangan,” ujarnya lagi.

Hal ini berlaku akibat penurunan harga getah sejak kebelakangan ini dan memberi kesan buruk kepada para penoreh sehinggakan mereka perlu meneruskan hidup dalam keadaan gelisah kerana menanggung kos perbelanjaan harian yang semakin tinggi.

Dalam pada itu, sebuah media tempatan berkongsi kenyataan Encik Mohd. Sahbari Abd. Rahman, 54, dari Kampung Pinang, isu ini telah menyebabkan terdapat penoreh yang terpaksa berhutang demi meneruskan hidup.

Menurutnya, sebelum ini mereka masih boleh bertahan walaupun harga getah tidak stabil namun, sejak kenaikan harga barang terutamanya keperluan dapur ia sangat membebankan.

“Kini, ramai penoreh getah terpaksa berhutang di kedai runcit atau kepada saudara-mara mereka kerana harga barangan semakin naik setiap hari. Harga getah sekerap sekarang hanya RM2.40 sekilogram (kg) sedangkan barangan dapur naik melonjak.”

“Keadaan bertambah teruk kepada mereka yang menoreh secara pawah apabila perlu membahagi dua, setiap hasil yang diperoleh. Ini sudah pasti akan memberi kesan yang sangat teruk kepada penoreh hingga ada dalam kalangan mereka terpaksa bergadai barang kemas.”

Beliau bimbang jika pendapatan penoreh dan kenaikan harga barang menjadi tidak seimbang dan tidak mustahil tragedi Baling 1972 boleh berlaku kerana kesempitan hidup penoreh pada hari ini.

“Oleh itu, sudah sampai masanya pihak berkenaan kaji semula harga getah supaya seimbang dengan kenaikan harga barangan hari ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: