Tempatan

Status Perak Sebagai Negeri Tertinggi Tanah Rizab Melayu Jadi Persoalan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

IPOH, 09 Januari 2023 – Sebanyak kurang lebih 3,214 hektar tanah Rizab Melayu di Perak telah tergadai kepada bukan-Melayu berpunca daripada pengurusan Tanah Rizab Melayu.

Perkara itu didedahkan oleh Razman Zakaria, Ketua Pembangkang Negeri Perak di Facebook rasmi miliknya pada Khamis lalu.

BACA JUGA: Semak Kembali Sistem Pengurusan Tanah Rizab Melayu – Teras Pengupayaan Melayu

BACA JUGA: Banyak Tanah Rizab Melayu Hilang Masih Gagal Diganti – Hj Rashidi Haris

BACA JUGA: Kerajaan Negeri Wajib Ambil Semula Tanah Rizab Melayu Di Tangan Pemilik Tidak Sah – Dato’ Hamidah Osman

Tegasnya, penukaran hak milik tersebut dikira sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu dan tidak mengikut Seksyen 419 Kanun Tanah Negara.

Terdahulu, Negeri Perak tercatat sebagai negeri tertinggi mempunyai Tanah Rizab Melayu, namun kini menjadi persoalan apabila ribuan Tanah Rizab Melayu telah dipindah milik.

Oleh itu, Razman menggesa Kerajaan Negeri agar memberi penjelasan yang lengkap dan jelas terhadap dakwaan Tanah Rizab Melayu dimiliki bukan Melayu ini dan perlu didedahkan kepada umum.

“Kerja siapa sebagai dalang sehingga tergadainya Tanah Rizab Melayu ini? Apakah tindakan susulan di peringkat Kerajaan Negeri?” soalnya.

Dalam pada itu, Razman juga menyeru orang ramai agar tidak berdiam diri jika mengetahui perkara ini berlaku.

“Isu ini bukan sahaja menyalahi peraturan dan undang-undang malah melanggar wasiat Raja Melayu sebelum menandatangani persetujuan kemerdekaan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: