Sambut Pelancong China, MOTAC Letak Pegawai Fasih Mandarin & Sediakan Laluan Mudah
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 09 Januari 2023 – “Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menghantar pegawai-pegawainya yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Mandarin untuk ditempatkan di semua lapangan terbang antarabangsa di seluruh negara bagi membantu kelancaran di pintu sempadan terutamanya melibatkan pengembara dari China yang lemah berbahasa Inggeris serta tidak memahami Bahasa Malaysia,” maklum Menteri MOTAC, Dato’ Seri Tiong King Sing dalam Facebooknya.
Selain itu, ujarnya lagi, bagi menerima dan mengalu-alukan kedatangan pelancong China dengan lebih baik, MOTAC mencadangkan untuk menyediakan laluan mudah di lapangan terbang antarabangsa.
BACA JUGA: Produk Ada Gelatin Babi Masih Dijual Dengan Logo Halal – Sumber
BACA JUGA: Diskaun Saman Trafik 50 Peratus 10 Hingga 12 Januari Ini
BACA JUGA: Status Perak Sebagai Negeri Tertinggi Tanah Rizab Melayu Jadi Persoalan
“Selain mempercepat proses pemeriksaan kastam tanpa menjejaskan pengembara dari negara-negara lain, langkah ini juga dapat menonjolkan sifat mesra Malaysia dalam mengalu-alukan kedatangan pengembara dari China.”
“Ini bukan sahaja untuk kelancaran, tetapi juga dapat menyingkatkan proses ketibaan,” kata beliau.
Tambahnya, MOTAC akan menyelaraskan usaha ini bersama pihak pengurusan lapangan terbang antarabangsa seluruh negara dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta memastikan ketersediaan di pintu sempadan negara, seterusnya melancarkan proses kemasukan pengembara khususnya dari China.
Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) menjangkakan sejuta pelancong China akan tiba di negara ini pada tahun ini.
Namun, perkara ini mendapat tentangan beberapa pihak yang bimbang dengan kadar peningkatan jangkitan COVID-19 yang sedang menyerang China ketika ini.
Samudera.my sebelum ini melaporkan, farmasi di Sabah berlumba-lumba mengisi semula bekalan ubat-ubatan penting mereka di tengah-tengah kebimbangan bahawa satu lagi gelombang COVID-19 mungkin melanda negara.