Tempatan

Hentikan Perbalahan Demi Kepentingan Peneroka – NGO FELDA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 23 Julai 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa agar menghentikan perbalahan demi kepentingan peneroka dan warga FELDA keseluruhannya.

Penasihat Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Datuk Mazlan Aliman berkata perbalahan yang berlanjutan itu tidak bermakna jika hanya ingin mencari salah lawan semata-mata.

BACA JUGA: Sokong Eksport RE Ke Negara Jiran, Malaysia Bakal Perkenal Pertukaran Negara

BACA JUGA: Kementerian Sedang Teliti Cadangan Pelaksanaan Cukai Karbon

BACA JUGA: Kerajaan Pahang Berjaya Tangkap 6 Individu Terlibat Perlombongan Mineral Haram

“Cukup cukuplah, jadikan pengajaran tragedi hitam FELDA di masa lalu hingga kesannya sampai ke hari ini.”

“Adalah lebih bermakna sama ada Kerajaan Perpaduan dan pembangkang ketepikan perbezaan hingga tuding-menuding mencari salah, sebaliknya bekerjasama demi mengembalikan FELDA di landasan yang asal, selaras dengan objektif ditubuhkan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, warga FELDA amat menghargai usahasama antara semua pihak dalam membangun FELDA, malah bersetuju jika sidang Parlimen akan datang dikemukakan idea dan membuka perbahasan dalam memperkasa FELDA pada masa depan.

“Selaku NGO (pertubuhan bukan kerajaan) FELDA yang dilibatkan dalam sesi libat urus, usaha Tan Sri Muhyidin selaku Perdana Menteri ketika itu tidak boleh dinafikan.”

“Pengumuman Dato’ Seri Anwar selaku Menteri Kewangan pada 27 Jun disusuli insentif khas pada hari peneroka 7 Julai, amat melegakan dan ditunggu-tunggu meskipun hanya tujuh bulan membentuk Kerajaan Perpaduan.”

Pada Rabu lalu, Muhyiddin mengesahkan akan meneruskan saman terhadap Anwar selepas Perdana Menteri kesepuluh itu gagal mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat dan secara terbuka kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dalam tempoh 24 jam sepertimana terkandung dalam surat tuntutan peguam beliau kepadanya.

Menerusi kenyataan media, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sehubungan itu berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneruskan tindakan saman fitnah ke atas Anwar.

Sebelum itu, Anwar mendedahkan sebahagian dokumen berkenaan Pelupusan Hutang Peneroka FELDA untuk membuktikan beliau sudah menandatangani dokumen berkaitan Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan (FSRA) serta penerbitan sukuk berjumlah RM990 juta sebagai jaminan kerajaan terhadap FELDA.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: