Tempatan

Kerajaan Komited Bantu FELDA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 02 Julai 2023 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menandatangani perjanjian melibatkan jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk menstruktur semula pinjaman agensi tersebut.

Ia melibatkan terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan FELDA.

BACA JUGA: Sewa Kedai Naik 700%, Peniaga Pasar Runsing

BACA JUGA: Hukum Pihak Tidak Sealiran Ideologi, Ancam Keselamatan Negara –JAKIM

BACA JUGA: Isu Sekolah Islam Persendirian: Kerajaan Negeri Akan Bawa Ke MMKN

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, jaminan Kerajaan ini dijangka dapat menstabilkan kedudukan kewangan FELDA serta menjamin model perniagaan yang lebih mampan supaya ia terus berupaya mengangkat mobiliti sosial warga peneroka dan generasi baharu FELDA.

Katanya, sebahagian besar penstrukturan semula pinjaman FELDA ini akan melibatkan pengurangan prinsipal hutang FELDA bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion.

“Ia juga akan mengurangkan kos kewangan FELDA terhadap kadar faedah yang dikenakan serta membolehkan FELDA memberi pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion yang dilaksanakan pada tahun 2021.”

Mengulas lanjut katanya, Kerajaan telah menambah baik tatakelola penyaluran dana kepada FELDA sebagai agensi badan berkanun Kerajaan dengan melantik Amanah Raya Trustees sebagai pemegang amanah transaksi akaun bagi memastikan pelan transformasi FELDA berada di landasan yang tepat serta memenuhi keperluan akauntabiliti dan integriti.

Pada masa sama, Kerajaan telah bersetuju memberi jaminan Kerajaan kepada FELDA pada tahun 2019 bagi membolehkan agensi tersebut melaksanakan pelan pemulihannya di bawah program transformasi FELDA yang telah bermula pada tahun 2020 untuk tempoh lima tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: