Tempatan

Hukum Pihak Tidak Sealiran Ideologi, Ancam Keselamatan Negara –JAKIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 28 Jun 2023 – “Tindakan pihak-pihak yang mengeluarkan pandangan dan kenyataan yang bersifat menghukum pihak-pihak yang tidak sealiran fahaman dan ideologi dengan kumpulan masing-masing dikhuatiri boleh mencetuskan bibit-bibit perpecahan yang lebih serius dan mengancam keselamatan negara.”

Demikian kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff merangkap Setiausaha Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Ujar beliau, JAKIM bimbang dan khuatir dengan kenyataan dan tindakan sesetengah pihak sejak kebelakangan ini yang boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam.

BACA JUGA: Logo Halal Palsu, KPDN Serbu Kilang Susu Kacang Soya Teluk Intan

BACA JUGA: Ahli Politik Itali Draf Undang-Undang Untuk Tutup Ruang Solat

BACA JUGA: Mahkamah Persekutuan Tolak Undang-Undang Pencen ‘Tidak Berperlembagaan’

Sehubungan itu, selaku Sekretariat MKI, beliau mengingatkan bahawa Malaysia mempunyai pihak yang berautoriti dalam mengeluarkan fatwa atau pandangan hukum mengenai sesuatu perkara yang perlu dihormati oleh semua pihak.

JAKIM juga menyeru agar semua pihak dapat bersama-sama memelihara dan menjaga keharmonian hidup bermasyarakat berbilang kaum, agama dan ideologi dalam negara bagi mencapai matlamat membina negara sejahtera selaras prinsip Maqasid Syariah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: