Tempatan

Provokasi Perlahan Azan : Bimbang Situasi Tegang, 18 Lagi Laporan Polis Dibuat Di Pulau Pinang Tuntut Tindakan Segera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 02 Julai 2023 – 18 lagi laporan polis difahamkan telah dibuat di Pulau Pinang berkenaan isu provokasi seorang pemuda Cina yang mengarahkan jemaah masjid memperlahankan azan.

Kejadian berlaku di masjid untuk kariah yang berusia lebih 100 tahun itu berlaku selepas waktu subuh. 2 laporan awal sebelum ini dibuat oleh jemaah masjid yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Bimbang dengan keselamatan jemaah dan situasi yang mungkin menyebabkan berlakunya ketegangan, laporan polis susulan dibuat oleh lebih ramai pihak.

Salah satu pihak yang membuat laporan polis menyatakan perkara berikut :

“Tujuan laporan polis ini dibuat ialah kerana pihak kami mahu tindakan undang-undang segera diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang dan menimbulkan ketegangan kaum di kawasan ini. Kami mahu pemuda ini ditahan, disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya mengikut Seksyen 298A kerana melakukan provokasi sehingga boleh mengganggu ketenteraman awam dan mana-mana undang-undang yang sesuai dengan tindakannya membuat kacau ganggu bersifat provokasi agama. Jemaah kami juga berasa tidak aman dengan tindakan pemuda ini dan bimbang dengan provokasi-provokasi susulan yang akan menimbulkan ketegangan kaum di kawasan ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: