Tempatan

Ladang Sawit Kurang Tenaga Buruh, Peneroka Tanggung Rugi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN, 17 Julai 2022 – Ladang-ladang kelapa sawit kini menghadapi kekurangan tenaga buruh sehingga menyebabkan pihak peneroka mengalami kerugian yang mencecah 40 peratus sebulan ke atas berat hasil buah.

Bekas Timbalan Ketua Peneroka Kebangsaan, Karip Mohd. Salleh berkata, kerugian itu adalah susulan daripada kurangnya penuai sawit di ladang-ladang sawit berkenaan.

Lapor Utusan, menurut seorang peneroka dari Felda Serting Hilit 5 di Jempol, peneroka gagal untuk menuai hasil sebanyak dua pusingan sebulan susulan isu kekurangan buruh asing hingga menyebabkan buah sawit mereka rosak.

Katanya, buah sawit mampu dituai sebanyak tiga pusingan sebulan dan paling kurang hingga dua pusingan sebulan.

Namun, kekurangan buruh berkenaan mengekang mereka untuk mencapai pusingan tuaian berkenaan.

“Sekarang ini, satu pusingan pun buah sudah banyak masak dan ada yang tidak dapat dituai dan akhirnya busuk. Jika dahulu dengan bilangan buruh yang mencukupi, peneroka mampu memperoleh sehingga 13 tan metrik buah tandan segar (BTS) sebulan namun kini sekitar lapan tan metrik,” ujarnya.

Biarpun begitu, kata beliau golongan peneroka menzahirkan nafas lega kerana harga BTS masih dalam di paras harga yang boleh diterima iaitu RM850 untuk satu tan metrik.

“Keadaan lebih buruk buat peneroka sekiranya harga BTS menjunam. Harga sekarang masih lagi boleh diterima, jangan ia bawah RM500 iaitu di bawah kos, sebab kini harga baja dan racun juga sudah naik dua kali ganda,” tambahnya.

Justeru, beliau memohon pihak Kerajaan serta FELDA untuk bertindak segera menangani isu kekurangan busuh asing yang kian kritikal itu bagi mengelakkan warga peneroka terus menanggung kerugian.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: