Antarabangsa

Ceroboh Al-Aqsa: Iran Janji Tindakan Tegas Terhadap Rejim Haram Aparteid Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

IRAN, 09 Januari 2023 – Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian mengecam tindakan rejim haram aparteid Israel yang mencemarkan Masjid Al-Aqsa baru-baru ini serta memberi amaran bahawa entiti berkenaan akan menghadapi “akibat berat” untuk pencerobohan ke dalam tapak suci itu.

BACA JUGA: Erdogan Bakal Bertemu Asad Demi Keamanan Serantau

BACA JUGA: Perkasakan Undang -Undang Anti Sembelih Lembu – Tukang Tilik Pejawar

BACA JUGA: Perang Rusia-Ukraine, Putin Tawar Dialog & Damai, Ukraine Tolak

Lapor sebuah agensi berita antarabangsa, beliau membangkitkan kebimbangan itu dalam satu perbualan telefon pada Khamis lalu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hussein Ibrahim Taha sewaktu kedua-duanya membincangkan perkembangan terkini di rantau ini dan dunia Islam termasuk lawatan kontroversi Menteri Sayap Kanan Israel, Itamar Ben-Gvir ke perkarangan Masjid Al-Aqsa.

“Akibat tindakan ini akan menjadi berat buat rejim Israel palsu,” katanya.

Sementara itu, Taha turut menyuarakan kecamannya terhadap tindakan rejim haram itu yang mencemarkan Masjid Al-Aqsa baru-baru ini serta menyatakan kebimbangannya berhubung kemasukan menteri rejim itu ke tapak suci tersebut.

“Tindakan ini telah melukakan perasaan umat Islam,” ujarnya.

Sambil menegaskan bahawa tindakan provokatif daripada Zionis itu telah mengganggu keamanan dan kestabilan di rantau ini, Taha mengatakan bahawa beliau sedang berbincang dengan pelbagai badan untuk menekan rejim Israel supaya menghentikan langkah tersebut.

Sebelum ini, Itamar Ben-Gvir, menteri sayap kanan Israel itu telah memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa dan tindakannya itu telah mengundang kecaman dari warga Palestin yang menyifatkannya sebagai “provokasi baharu yang tidak pernah berlaku sebelum ini”.

Ia sekali gus menyebabkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan China mendesak agar sidang mesyuarat Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijalankan dalam kadar segera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: