Antarabangsa

Enggan Pakai Nombor ‘Pelangi’, 5 Pemain Bola Muslim Dikecualikan Dalam Perlawanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 17 Mei 2023 – Lima pemain bola sepak Muslim dikecualikan daripada Liga Perancis kerana enggan memakai baju dengan nombor berwarna ‘pelangi’.

Lapor sebuah portal, mereka bukan sahaja diminta untuk memakai baju tersebut, malah pemain-pemain bola itu juga diminta untuk memegang sepanduk untuk menarik perhatian pada Hari Antarabangsa bagi Pencegahan Homofobia, Transfobia dan Bifobia, Rabu depan.

BACA JUGA: Kes Kalimah Allah: Kerajaan Patut Betulkan Kesilapan Dengan Menarik Balik Pembatalan – Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

BACA JUGA: 99 Kawasan Sekitar Selangor Alami Gangguan Bekalan Air Isnin Ini

BACA JUGA: Isu Kalimah Allah: Arahan Politik Sampai Mengatasi Rukun Iman – Buzze Azam

Lima pemain bola Muslim dari liga bola sepak Perancis “Toulouse” itu dikecualikan daripada perlawanan menentang Nantes selepas mereka enggan mengambil bahagian dalam kempen Ligue 1 menentang homofobia.

Menurut laporan, lima pemain Toulouse itu, Zakaria Aboukhlal, Moussa Diarra, Fares Chaibi, Logan Costa dan Said Hamulic telah meluahkan ketidaksenangan mereka dengan kempen itu kepada Pengurusnya, Philippe Montainer kerana tidak mengambil bahagian dalam perlawanan.

Toulouse FC dalam sebuah kenyataan mengatakan, “Beberapa pemain skuad profesional telah menyatakan ketidaksetujuan mereka berhubung kaitan imej mereka dengan warna pelangi yang mewakili pergerakan LGBT.”

“Walaupun menghormati pilihan individu bagi pemainnya dan selepas beberapa perubahan, Kelab Bola Sepak Toulouse telah memilih untuk mengecualikan pemain ini daripada perlawanan,” tambah Kelab Ligue 1 itu lagi.

Maghribi Zakaria Abouhlal menerusi akaun Instagramnya turut menyatakan bahawa beliau menghormati setiap individu tanpa mengira latar belakang namun, dirinya bukanlah orang yang sesuai untuk menyertai kempen tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: