Pelajar Perlu Pendedahan Awal Isu Masalah Sosial, Termasuk LGBT
ARAU, 31 Julai 2023 – “Topik atau silibus berkaitan masalah sosial seperti isu LGBT adalah amat baik untuk diajar kepada pelajar di peringkat lebih awal.”
Demikian ulas Dr Nazra Aliff Nazri dan Dr Faiz Masnan, Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) berhubung aksi tidak senonoh seorang vokalis sebuah kumpulan pop rock dari Britain, The 1975 dalam satu festival nyanyian di Selangor baru-baru ini.
Menurut mereka, pendedahan awal ini perlu supaya pelajar cakna dan mempunyai daya literasi tinggi terhadap perkara-perkara yang melanggar norma dan juga moral.
BACA JUGA: PRN: 6 Negeri Dijangka Alami Hujan, Ribut Petir Pada Hari Penamaan Calon
BACA JUGA: Hampir 1,000 Tentera Simpanan Zionis Israel ‘Tarik Diri’, Protes Kerajaan Netanyahu
BACA JUGA: Bulan Kemerdekaan: Peniaga Diseru Kibarkan Jalur Gemilang Di Premis
Memetik kenyataan dari rencana akhbar tempatan, mereka bersetuju dengan tindakan Kerajaan membatalkan konsert itu serta-merta selaras dengan hakikat aksi itu yang bercanggah dengan nilai dan norma masyarakat di Malaysia.
Dalam pada itu, kedua-dua pensyarah berkenaan juga berpendapat, “Sekiranya gejala ini tidak dibendung, ia akan menjadi barah yang membawa kepada kehancuran individu dan komuniti keseluruhannya. Oleh itu, pelbagai pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama bagi membanteras gejala ini.”
Selain langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membangunkan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSU) 2019-2025, agensi lain juga perlu berganding bahu sekali gus bekerjasama meningkatkan kesedaran mengenai bahaya LGBT.