Tempatan

Sultan Selangor Puji PM, Tolak LGBT & Negara Sekular

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 07 Mac 2023 – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memuji pendirian Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menolak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta konsep negara sekular.

Titah Sultan Sharafuddin, “Baru-baru ini beta telah membaca petikan akhbar berkaitan ketetapan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim tentang jaminan untuk tidak mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan konsep negara sekular.”

Menurut baginda, jaminan tersebut bersesuaian dan tepat waktunya bagi meyakinkan rakyat bahawa Kerajaan serius dalam memelihara prinsip Islam mengikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Baginda juga menyeru sokongan semua pihak terhadap usaha mendaulatkan agama Islam dan memperkasakan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) malah meletakkan pentadbiran institusi Islam Persekutuan pada landasan sepatutnya.

BACA JUGA: Banjir: 16 Mac Tarikh Baharu Ujian SPM

BACA JUGA: PERHATIAN! Jalan Kuantan-Segamat Ditutup Sehingga Akhir Mac Ini

BACA JUGA: Sarawak Berisiko Banjir Kilat

Tambah baginda, “Wakil-wakil di negeri masing-masing juga hendaklah mengusulkan apa-apa cadangan yang telah dilaksanakan di peringkat negeri yang sesuai dikongsikan untuk kepentingan bersama bagi negara kita dan umat Islam.”

“Beta mengharapkan dengan bermulanya lembaran baharu MKI ini, kita semua mampu berjalan seiring dengan semangat dan mentaliti yang baharu, membawa perubahan yang baik dalam usaha mendaulatkan Islam di Malaysia.”

Terdahulu, Anwar Ibrahim telah memberi jaminan bahawa pentadbirannya tidak akan mengiktiraf golongan LGBT, konsep negara sekular dan ideologi komunis. Ujarnya, perkara itu hanya dibangkitkan pihak tertentu yang cuba menyebarkan maklumat palsu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: