Antarabangsa

Kulat Disenaraikan Ancaman Besar Kesihatan Manusia – WHO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2022 – Buat kali pertama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan patogen kulat sebagai ancaman terbesar terhadap kesihatan manusia dan amaran beberapa mutasi semakin kuat dan meluas telah dikeluarkan Agensi Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu apabila ubat-ubatan dilihat tidak berkesan.

Menurut laporan media, WHO memaklumkan jangkitan kulat dan peningkatan ketahanan terhadap rawatan adalah risiko yang semakin meningkat. Ini jelas menunjukkan varian tersebut kekurangan tumpuan pada sejarah bahaya dan bermakna terdapat jurang besar dalam pengetahuan, rawatan dan diagnosis.

Berdasarkan kenyataan WHO, skala ancamannya sukar untuk dianggarkan kerana mengalami masalah kekurangan data.

Oleh itu, badan berkenaan menggesa agar usaha besar daripada kerajaan dan penyelidik dapat dijalankan bagi mengukuhkan tindak balas terhadap 19 kulat dalam senarai kulat pertama “Patogen Utama”.

Jangkitan kulat sering menyerang individu yang sudah sakit teruk seperti pesakit kanser atau tuberculosis dan perubahan iklim juga menjadi salah satu sebab kejadian dan julat geografi patogen semakin berkembang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: