Tempatan

Program Pemulihan LGBT Tingkat Risiko Bunuh Diri – Tegas Aktivis LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2022 – Pengasas bersama Justice for Sisters, Thilaga Sulathireh mendakwa bahawa program anti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang disokong oleh pihak Kerajaan boleh membuatkan golongan ini mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

Katanya, program seperti itu didakwa melanggar hak asasi manusia dan akan memberi kesan kepada kehidupan orang ramai.

“Banyak kali, orang fikir undang-undang di Malaysia tidak beri kesan sebab tidak digunakan untuk mengganggu orang setiap hari. Tetapi laporan ini sebenarnya menunjukkan amalan penjenayahan selain meningkatkan sentimen anti LGBT serta bagaimana ia beri kesan pada orang ramai,” ujar beliau selepas mendedahkan laporan bertajuk “I Don’t Want to Change Myself: Anti-LGBT Conversion Practices, Discrimination and Violence in Malaysia”.

Dakwanya, laporan seperti itu akan menyerlahkan lagi kesan kesihatan mental yang luar biasa terhadap golongan LGBT sehingga membuatkan mereka berfikir untuk membunuh diri.

Jelasnya, amalan menjenayahkan dan memulihkan golongan ini melanggar privasi mereka, melanggar autonomi badan serta pelbagai hak lain yang melanggar hak asasi serta kesaksamaan tanpa diskriminasi.

Laporan yang diterbitkan bersama Justice for Sisters dan Human Rights Watch itu mengisahkan tentang bagaimana pegawai Kerajaan memupuk sikap bermusuhan terhadap golongan LGBT dan orang berlainan jantina serta bagaimana golongan tersebut menghadapi diskriminasi dan hukuman disebabkan orientasi seksual atau identiti jantina mereka.

Baru-baru ini, samudera.my melaporkan kumpulan pembela hak asasi manusia Human Rights Watch dalam laporan tersebut mendakwa program pemulihan yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri serta program kaunseling di sekolah akan membahayakan golongan LGBT.

Kumpulan itu bahkan menggesa Kerajaan Malaysia supaya menyokong amalan penukaran agama dan menerima golongan LGBT sekaligus menghentikan pembiayaan program pemulihan seperti mukhayyam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: