Antarabangsa

LGBT: Mahkamah Agung Nepal Gesa Kerajaan Iktiraf Pasangan Sejenis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 08 Mei 2023 – Mahkamah Agung Nepal menggesa pihak Kerajaan agar mengiktiraf pasangan warga asing sejenis bagi warganegara Nepal.

Menurut laporan Human Rights Watch, mahkamah turut mengarahkan pihak Kerajaan agar mempertimbangkan segera laporan perintah mahkamah pada tahun 2015 yang mengesyorkan pengiktirafan yang lebih meluas terhadap hubungan sejenis.

Hal ini kerana, berdasarkan penghakiman dari 2007 dan 2017 yang mengiktiraf hak orang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), mahkamah memutuskan bahawa kegagalan untuk mengiktiraf pasangan sejenis adalah melanggar Perlembagaan Nepal serta kewajipan hak asasi manusia antarabangsa.

BACA JUGA: YDPA Al-Sultan Abdullah Ketua Negara Pertama Hadiri Istiadat Pertabalan Raja UK

BACA JUGA: UAE Rancang Bina Masjid Cetakan 3D Pertama Di Dunia

BACA JUGA: Kawasan Hijau KL Makin Kritikal

“Mahkamah Agung sekali lagi telah menarik perhatian terhadap kelewatan pihak Kerajaan dalam pelaksanaan perintah mahkamah bagi mengiktiraf hubungan sesama jenis,” kata Kyle Knight, Penyelidik Kanan hak LGBT di Human Rights Watch.

Mengimbas kembali pada tahun 2017 berhubung kes Adheep Pokhrel dan Tobias Volz, pihak berkuasa Nepal menafikan visa pelancong untuk Volz yang berwarganegara Jerman atas alasan bahawa borang permohonan bertulis “suami” dan “isteri” dan tidak mengiktiraf dua suami.

Berdasarkan laporan jawatankuasa perintah mahkamah yang diterbitkan pada 2015, ia mengesyorkan “Kerajaan Nepal menghapuskan peruntukan undang-undang bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku antara seorang lelaki dan seorang wanita dan ia merangkumi norma bahawa perkahwinan boleh berlaku antara dua individu, dan untuk memberi pengiktirafan undang-undang kepada perkahwinan sejenis berdasarkan prinsip kesaksamaan.”

“Sudah 16 tahun sejak Mahkamah Agung memerintahkan jawatankuasa Kerajaan untuk mengkaji isu mengiktiraf hubungan sejenis dan lapan tahun sejak jawatankuasa itu memaklumkan pada pihak Kerajaan untuk mengambil langkah konkrit dan komprehensif bagi mengiktiraf hubungan sejenis,” kata Knight.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: