Tempatan

JAKIM Anjur Program Kerohanian Ambang Tahun Baru 2024

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Program Kerohanian Ambang Tahun Baru 2024 pada 31 Disember 2023.

Memetik kenyataan Ketua Pengarah JAKIM, Datin Paduka Hajah Hakimah Mohd. Yusoff, program tersebut akan dilaksanakan di tiga masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pada program tersebut, pelbagai aktiviti kerohanian diadakan sebagai alternatif kepada masyarakat Islam di negara ini yang menjadi kelaziman menyambut tahun baru masihi dengan pelbagai aktiviti diadakan.

“Masjid Negara umpamanya, akan mengadakan bacaan Surah Yaasin, majlis zikir dan doa selamat. Di Masjid Putra pula, selain aktiviti bacaan Yaasin, zikir dan doa selamat, akan turut diadakan ceramah khas ambang tahun baru yang akan disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan serta bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ustaz Aiman Ridhuan, Naib Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2022.

“Sementara di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pula menampilkan program khas Ambang Gema Syukur dengan pengisian Kuliah Maghrib Khas, sesi Tadabbur Surah Al-Mulk dan refleksi. Program diteruskan pada 1 Januari 2024 dengan acara Qiamullail Tahun Baharu, Solat Subuh Berjemaah, Ceramah Khas Subuh 4 GAZA yang akan disampaikan oleh Ts. Dr. Abdelrahman Ibrahim salah seorang aktivis Palestin, slot International Quran Moment dan Forum Perdana Tahun Baharu yang menampilkan Imam Besar MTMZA, Ustaz Nor Azamir Hj. Alias dan Dr Hizul Azri. Selain itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin turut membuka aktiviti gerai jualan yang sebahagian hasil jualan akan disumbangankan kepada tabung Palestin.

“Selain itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin turut membuka aktiviti gerai jualan yang sebahagian hasil jualan akan disumbangankan kepada tabung Palestin, katanya dalam kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, JAKIM menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk hadir beramai-ramai bersama ahli keluarga bagi sama-sama mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti kerohanian di samping turut bermunajat dan berdoa semoga negara kita dijauhi dari segala musibah, bala bencana dan wabak penyakit sekali gus memanjatkan doa agar Palestin diberikan keamanan dari pergolakan yang berpanjangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: