Antarabangsa

Lawatan Modi: Senator AS Mahu Presiden Ungkit Isu Hak Asasi Manusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 21 Jun 2023 – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah digesa untuk membangkitkan isu hak asasi manusia semasa lawatan Perdana Menteri India Narendra Modi ke Washington minggu ini, menurut surat yang dihantar kepada Biden.

Kira-kira 75 senator Demokrat dan ahli Dewan Rakyat menandatangani surat, menggesa Presiden Biden untuk membangkitkan secara langsung dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi mengenai keadaan hak asasi manusia yang semakin merosot di bawah sayap kanan Hindunya, Bharatiya Janata Party (BJP).

BACA JUGA: Katolik Digesa Nyatakan Pendirian Ke Atas Amalan Perjudian Di Malaysia

BACA JUGA: Menteri Pertahan Kenyataan Pelarian Rohingya Berpeluang Sambung Belajar Di IPTA

BACA JUGA: Trek Stadium Darul Makmur Dibuka Percuma Mulai 26 Jun

Senator Chris Van Hollen dan Perwakilan Pramila Jayapal turut menyatakan kebimbangan tentang sikap kerajaan India yang tidak bertoleransi dalam agama, menyekat kebebasan akhbar dan akses internet serta sering mensasarkan kumpulan masyarakat sivil.

Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan India, yang diketuai oleh BJP, telah menyokong dasar diskriminasi peringkat kebangsaan dan negeri yang sangat menghalang dan menyekat kebebasan beragama kumpulan minoriti.

Washington mengharapkan hubungan yang lebih erat dengan negara demokrasi terbesar dunia itu, yang dilihatnya sebagai pengimbang kepada China, tetapi penyokong hak asasi bimbang bahawa geopolitik ini akan membayangi isu hak asasi manusia yang sedang dibangkitkan di India.

Stephen Schneck dari Suruhanjaya Kebebasan Beragama Antarabangsa Amerika Syarikat (USCIRF) turut menzahirkan kebimbangan, bahawa kerajaan India akan terus melaksanakan dasar yang memberi kesan negatif kepada masyarakat Kristian, Muslim, Sikh dan Hindu Dalit.

USCIRF telah mengesyorkan AS sejak tahun 2020 dan sekali lagi pada 2023 agar memberi perhatian khusus kepada India kerana terlibat dalam pelanggaran kebebasan beragama yang sistematik, berterusan dan teruk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: