Antarabangsa

Akibat Menentang LGBT, Sekolah Dikenakan Tindakan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BIRMINGHAM, 14 Julai 2022 – Jabatan Pendidikan United Kingdom mengumumkan seorang pengusaha sekolah agama swasta dilarang daripada terlibat dalam pengurusan sekolah kerana menentang LGBT.

Pengumuman dibuat pada akhir bulan Jun apabila mendapati pengusaha tersebut, Waheed Alam (lebih dikenali sebagai Abu Khadeejah) menyampaikan ucapan kebencian terhadap LGBT yang kononnya bertujuan menjejaskan nilai asas kebebasan individu British.

“Beliau tidak layak untuk mengambil bahagian dalam pengurusan sekolah kerana tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul.”

“Beliau gagal menunjukkan toleransi dan menghormati hak orang lain. Beliau juga meremehkan nilai-nilai asas British. Ini jelas menunjukkan beliau ingin menjejaskan nilai asas kebebasan individu British,” kata Setiausaha Negara bagi Pendidikan.

Leave a Reply

Back to top button