Antarabangsa

LGBT: Lelaki Dijulang Sebagai ‘Miss Netherlands’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BELANDA, 11 Julai 2023 – Rikkie Kolle telah dinobatkan sebagai “Miss Netherlands” setelah memenangi pertandingan ratu cantik di Belanda pada Sabtu lalu dan beliau adalah mak nyah pertama yang memenangi pertandingan tersebut.

Beliau juga akan dihantar bertanding bagi pertandingan antarabangsa Miss Universe bagi mewakili Belanda dalam beberapa bulan lagi.

BACA JUGA: Tukar Tanah Wakaf Jadi TRM Bertentangan Dengan Perlembagaan – Datuk Seri Hishamuddin

BACA JUGA: Buat ‘Konten’ Makan Babi Baca Bismillah, Pempengaruh Media Sosial Indonesia Ditahan Polis

BACA JUGA: Air Bersih: Penyahgaraman Air Laut Adalah Pilihan Terakhir – SPAN

Setelah diumumkan sebagai pemenang di AFAS Theaterm beliau menulis di akaun Instagramnya dengan menyatakan,

“Saya telah membuat komuniti (LGBT) saya bangga dan menunjukkan yang ianya sebenarnya boleh dilakukan”.

Menerusi pertandingan yang telah menapis ratusan calon peserta sehingga tinggal hanya 10 orang peserta akhir pada April lalu, Kolle telah menggunakan platform tersebut untuk mempromosikan visi yang bersifat lebih inklusif di dalam dunia pertandingan ratu cantik serta untuk menggalakkan orang lain untuk terinspirasi.

Jika Kolle memenangi pertandingan antarabangsa Miss Universe tersebut, beliau akan menjadi pondan pertama yang akan memakai mahkota ratu cantik itu. Peraturan telah membenarkan golongan pondan untuk menyertai pertandingan tersebut dan bersaing dengan wanita sejak tahun 2012.

Pada tahun 2018, Angela Ponce dari Sepanyol telah menjadi pondan pertama yang menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa tersebut namun gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: