Antarabangsa

3 Lagi Negara Catat Kes Pertama Monkeypox

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 29 Mei 2022 – Emiriah Arab Bersatu (UAE), Republik Czech dan Slovenia kini menjadi tiga lagi negara yang mencatat kes pertama ‘monkeypox‘ atau juga dikenali sebagai cacar monyet pada beberapa hari lalu, lapor BBC News.

Pegawai Kesihatan UAE mengumumkan satu kes telah berjaya dikesan melalui seorang pengembara yang melawat Afrika Barat baru-baru ini dan sedang menjalani rawatan perubatan.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa di sana memaklumkan bahawa mereka sudah “bersedia sepenuhnya” bagi menangani sebarang wabak yang akan berlaku dan bagi mengesan penyakit cacar monyet itu, mereka juga telah menyediakan protokol pengawasan awal.

BACA: Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam

BACA: Pemujaan Dewa Hanuman Mula Dimainkan Lawan Laungan Azan Subuh

BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini — Lee Yoon Yeau

Dalam pada itu, laporan BBC News turut memaklumkan mengenai Republik Czech dan Slovenia yang kini telah menyertai 18 negara lain yang dilaporkan mempunyai kes jangkitan virus itu di luar Afrika yang menjadi kawasan asalnya.

Menurut laporan itu, walaupun pakar mengatakan risiko keseluruhan kepada populasi umum masih dalam kadar yang rendah namun jumlah kes dijangka akan terus meningkat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa, dengan tindak balas yang betul dari negara-negara di luar Afrika yang mana virus tersebut jarang dikesan maka, ianya masih lagi boleh dibendung.

“Kami menggalakkan anda semua untuk meningkatkan pengawasan cacar monyet untuk melihat di mana tahap transmisi dan memahami ke mana ia pergi,” ujar Sylvie Briand, Pengarah Global Infectious Hazard Preparedness WHO dalam satu persidangan pada Selasa lalu.

“Wabak itu mungkin tidak normal tetapi masih dapat dibendung,” tambah beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker