Antarabangsa

12 Negara Dijangkiti Virus Cacar Monyet

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 24 Mei 2022 – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa sebanyak 12 negara anggota yang bukan endemik kepada jangkitan virus cacar monyet (monkeypox) telah merekodkan 92 kes positif, termasuk 28 kes suspek cacar monyet.

Negara-negara yang disenaraikan WHO telah dijangkiti virus tersebut adalah Australia, Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Portugal, Sepanyol, Sweden, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, menurut pelaporan pertubuhan kesihatan tersebut, tiada kematian direkodkan sehingga kini.

Sejak 13 Mei 2022, kes cacar monyet telah dilaporkan dan WHO menjangkakan peningkatan kes wabak tersebut akan dikenal pasti apabila pengawasan berkembang di negara bukan endemik kepada jangkitan tersebut.

WHO juga akan menyediakan lebih banyak cadangan teknikal dalam beberapa hari akan datang dalam usaha untuk melindungi petugas kesihatan yang mungkin berisiko.

Bukti semasa yang ada menunjukkan bahawa golongan yang paling berisiko adalah mereka yang mempunyai hubungan fizikal rapat dengan seseorang yang menghidap cacar monyet, semasa mereka bergejala, menurut WHO.

Dalam pada itu, kes cacar monyet atau monkeypox di United Kingdom (UK) kebanyakannya melibatkan lelaki gay atau biseksual.

Demam, sakit kepala dan ruam kulit yang bermula dari muka dan kemudian merebak ke seluruh badan merupakan antara gejala cacar monyet.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: