Antarabangsa

Kanak-Kanak Kurang Risiko Dijangkiti Monkeypox

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 27 Mei 2022 – Perunding Penyakit Berjangkit Kanak-Kanak di Alder Hey Children, Dr David Porter menyatakan bahawa risiko untuk kanak-kanak dijangkiti monkeypox adalah sangat rendah hasil daripada penelitiannya berdasarkan wabak semasa dan kes-kes sebelumnya.

“Pada pendapat profesional saya, ibu bapa tidak perlu risau jika anda mengesan kesan ruam pada badan anak kerana kemungkinan ia adalah monkeypox sangat rendah.”

“Berdasarkan kajian ke atas wabak ini sejak beberapa tahun lepas, monkeypox adalah cenderung menyerang golongan dewasa dan jarang ditemui pada kanak-kanak,” katanya.

BACA: Boikot Ekonomi Umat Islam Kerana Mereka Tak Hormat Lembu – Pramod Muthalik

BACA: Tembakan Dan Letupan, Penduduk Pengkalan Kubor Panik

BACA: HRW Promosi Kanak-Kanak Trans: Bukti LGBT Bergerak Ke Fasa Seterusnya – Prof Madya Dr Rafidah Hanim

Tambahnya lagi, sekiranya ibu bapa mengesan sebarang ruam pada anak-anak mereka, kemungkinan itu hanyalah ruam dari chickenpox ataupun jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Ibu bapa yang anak-anaknya mengalami ruam tetapi tidak mempunyai sebarang kontak rapat dengan mereka yang menghidap monkeypox tidak perlu risau anak mereka dijangkiti wabak itu.

Pakar juga menegaskan bahawa virus ini merbahaya tetapi ia tidak semerbahaya COVID-19.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: