Tempatan

86 Kawasan Di Kuantan Bakal Alami Gangguan Bekalan Air Pada 6 September

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 03 September 2022 – Sebanyak 86 buah kawasan di sekitar daerah Kuantan bakal mengalami gangguan bekalan air pada 6 September ini bermula jam 12 tengahari susulan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Rumah Pam Kobat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Ybhg. Encik Saiful Zaini Mohd Bokhari, kerja-kerja berkenaan perlu untuk meningkat lagi kapasiti dan kualiti perbekalan air di Daerah Kuantan pada masa hadapan.

Jelasnya, kerja-kerja ini melibatkan penyelenggaraan paip air mentah jenis Mild Steel Cement Lining (MSCL) bersaiz 1,500mm dan pemasangan pam air mentah baharu yang berkapasiti lebih besar dan kadar kecekapan yang lebih tinggi.

“Walau bagaimanapun tidak semua kawasan terlibat secara keseluruhan kerana pihak PAIP masih mempunyai paip air mentah tambahan bersaiz 1600mm.”

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak PAIP akan berusaha sebaik mungkin untuk meminimakan tempoh gangguan tersebut dan sebagai persediaan, kerja-kerja awalan telah pun dilaksanakan.

Antara kawasan yang dijangka akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seluruh kawasan Beserah sehingga Sempadan Chendor termasuk MCKIP, Maritim, Bandar Damansara, Taman Dato’ Rashid, Batu Hitam, Kampung Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating, dan Kubang Ikan.

Gangguan turut melibatkan seluruh kawasan Gebeng Industri FASA I, II, III, MCKIP, dan seluruh kawasan Pelabuhan, seluruh kawasan Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Semambu, kawasan perumahan Semambu, kawasan Industri Semambu, seluruh kawasan kiri / kanan Jalan Tengku Muhammad, Pelindung Jalan Tengku Muhamad, Pejabat Ukur, Jalan Beserah, kawasan Alor Akar, Sri Kuantan, Kubang Buaya, seluruh kiri / kanan Jalan Teluk Sisek, Teluk Chempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjung Api, Taman Gelora, Padang Lalang, Tanjung Api, Taman Selamat, Tembeling Resort, dan Kelab Golf Diraja.

Selain itu, seluruh kawasan Bukit Sekilau, Jalan Bukit Ubi, Jalan Kenanga, Taman Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Galing, Setali, dan Air Putih, seluruh kawasan Taman Fairmount, Bukit Beirut, Jalan Bukit Setongkol, Bukit Setongkol, dan Cenderawasih, seluruh kawasan RTP Bukit Goh, Bukit Goh Gen 2, Bukit Goh Perdana, Bukit Kuantan, dan sebahagian Tanjung Pasir turut terlibat.

Turut terlibat, seluruh kawasan Indera Mahkota (IM) 1, 2, 3, 5, 6, Kg Tiram, Tiram Perdana, Taman Shahzan, Taman Radiance, KOMTUR, Pejabat Daerah dan Tanah, SBPI, Ibu Pejabat PAIP, Terminal Sentral, Bomba IM, dan Widad.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan PAIP akan menyediakan bantuan alternatif melalui lori tangki air kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: