Tempatan

Tembakan Dan Letupan, Penduduk Pengkalan Kubor Panik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TUMPAT, 26 Mei 2022 – Penduduk di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan panik selepas mendengar beberapa siri letupan bom berlaku di Pekan Tak Bai dalam Wilayah Narathiwat, Thailand, malam semalam, lapor Kosmo.

Selain letupan bom, penduduk di kawasan itu, yang terletak di seberang Pekan Tak Bai juga mendengar bunyi berbalas tembakan pada kira-kira jam 10 malam tadi.

Airtimes melaporkan, kejadian berlaku susulan pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan Thailand dan penyerang yang tidak dikenali di Tak Bai, Narathiwat.

Tambah portal itu lagi, media Thailand memaklumkan bahawa Balai Polis Marin Tak Bai telah diserang oleh sekumpulan individu tidak dikenali.

“6 penyerang telah campak bom dan melepaskan tembakan ke arah balai polis. Seramai 3 anggota keselamatan Thailand cedera.”

Menurut portal Malaysianews TV, maklumat perisikan menyatakan kejadian bedilan dan berbalas tembakan itu berlaku selepas pejuang-pejuang kemerdekaan Barisan Revolusi Nasional menyerang hendap satu kem Tentera Marin Siam di Tak Bai.

Setakat ini, tiada laporan penuh diketahui mengenai kejadian yang berlaku selain perkongsian video oleh orang awam di media-media sosial semasa dan selepas kejadian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: