Antarabangsa

Kadar Kematian Monkeypox 6% – WHO

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SWITZERLAND, 27 Mei 2022 – “Sejak kebelakangan ini, nisbah kematian kes cacar monyet (monkeypox) adalah sekitar 3-6%,” kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Ini berbeza dengan nisbah kematian monkeypox suatu ketika dahulu di mana mengikut sejarah, nisbah kematian akibat virus ini adalah antara 0 hingga 11% dalam populasi umum dan lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak kecil.

BACA: Boikot Ekonomi Umat Islam Kerana Mereka Tak Hormat Lembu – Pramod Muthalik

BACA: Tembakan Dan Letupan, Penduduk Pengkalan Kubor Panik

BACA: HRW Promosi Kanak-Kanak Trans: Bukti LGBT Bergerak Ke Fasa Seterusnya – Prof Madya Dr Rafidah Hanim

Sebagai makluman, monkeypox ialah zoonosis virus (virus yang dihantar kepada manusia daripada haiwan) dengan simptom yang sama seperti yang dilihat pada pesakit cacar (smallpox).

Penyakit ini selalunya berlaku di Afrika tengah dan barat dan juga di kawasan berdekatan dengan hutan hujan tropika. Namun, malangnya ia semakin banyak muncul di kawasan bandar.

Pelbagai spesis haiwan telah dikenal pasti mudah terdedah kepada virus monkeypox. Ini termasuklah rope squirrel, tupai pokok, tikus Gambia, dormice (keluarga tikus), primat dan spesis lain.

Sejak tahun 2017, Nigeria telah mengalami penularan wabak monkeypox secara besar-besaran dengan lebih 500 kes yang disyaki dan lebih 200 kes yang disahkan. Nisbah kematian kes di negara itu pula dianggarkan kira-kira 3%. Kes terus dilaporkan sehingga hari ini.

Penularan virus monkeypox kali pertama yang berlaku di luar negara Afrika adalah pada tahun 2003, iaitu di Amerika Syarikat (AS). Penularan itu dikaitkan dengan kontak dengan anjing peliharaan dari baka prairie yang dijangkiti.

Haiwan peliharaan itu ditempatkan bersama dengan tikus Gambia dan dormice yang telah diimport ke AS dari Ghana.

Penularan ini membawa kepada lebih dari 70 kes monkeypox di AS.

Pada Mei 2022, beberapa kes monkeypox telah dikenal pasti di beberapa negara bukan endemik. Kajian sedang dijalankan untuk memahami lebih lanjut epidemiologi, sumber jangkitan, dan corak penghantaran.

Transmisi haiwan ke manusia (zoonotik) boleh berlaku daripada sentuhan langsung dengan darah, cecair badan, atau luka dari kulit atau mukosa haiwan yang dijangkiti.

Manakala transmisi virus monkeypox dari manusia ke manusia pula boleh merebak menerusi titisan pernafasan selain boleh dijangkiti mereka yang terdedah secara hampir dengan luka, cecair tubuh dan peralatan yang telah dicemari virus itu.

Dahulunya, pemberian vaksin boleh melindungi mereka yang dijangkiti smallpox. Akan tetapi, kini, mereka yang berusia di bawah 40 hingga 50 tahun (bergantung kepada negara) mungkin lebih terdedah kepada virus monkeypox disebabkan oleh pemberhentian kempen vaksinasi smallpox di seluruh dunia selepas pembasmian penyakit itu, tambah WHO.

Oleh itu, WHO menasihatkan semua mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko penularan zoonosis ini dengan mengelak dari menyentuh haiwan liar secara langsung, terutamanya haiwan yang sedang sakit atau sudah mati, termasuklah daging, darah dan bahagian anggota haiwan yang lain.

Selain itu, semua makanan yang mengandungi daging atau bahagian haiwan mestilah dimasak dengan sempurna sebelum dimakan.

Setakat ini, lebih kurang 12 buah negara sudah mengesahkan terdapat kes jangkitan monkeypox yang berlaku.

Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah melibatkan ratusan lelaki muda yang menyebarkan jangkitan wabak monkeypox menerusi aktiviti seks gay dan biseksual mereka, menurut WHO.

Dilaporkan, Amerika Syarikat telah meluluskan penggunaan dua dos vaksin Jynneos keluaran Bavarian Nordic sebagai langkah mencegah jangkitan virus monkeypox.

Di Malaysia pula, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan, sehingga 24 Mei 2022 jam 5.00 petang, KKM tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes yang dijangkiti virus monkeypox.

“Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah, kecuali jika seseorang individu itu ada sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti atau kontak langsung dengan pesakitnya,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menurut Berita Harian.

“Kemungkinan transmisi jangkitan virus itu dari manusia ke manusia adalah terhad,” ujar beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button