Antarabangsa

Pesakit Monkeypox Mampu Sebarkan Virus 4 Hari Sebelum Muncul Gejala

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 04 November 2022 – Pesakit cacar monyet boleh menyebarkan virus seawal empat hari sebelum gejala mereka bermula, dengan lebih separuh jangkitan mungkin berlaku dalam tempoh berkenaan, dedah sebuah kajian di United Kingdom (UK).

Berdasarkan analisis menggunakan dua model statistik berbeza, penyelidik berkenaan mendapati purata tempoh untuk seseorang pesakit mula bergejala mengambil masa hampir lapan hari selepas pesakit terdedah dengan virus itu.

Tempoh itu didapati lebih panjang berbanding masa ketika pesakit pertama dan kontak rapat mereka mula bergejala.

Dalam kajian itu, penyelidik mendapati penyebaran berlaku sehingga empat hari sebelum seseorang mendapat simptom pertama mereka – biasanya sakit kepala, demam, bengkak kelenjar getah bening, sakit otot dan ruam. Proctitis, bengkak yang menyakitkan pada lapisan rektum, juga boleh berlaku.

Walau bagaimanapun, kajian ini masih belum disahkan.

Pada ketika ini, panduan rasmi menyatakan bahawa pesakit boleh menyebarkan jangkitan hanya selepas gejala muncul.

Samudera.my sebelum ini melaporkan, kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine mendedahkan bahawa secara keseluruhan, 98 peratus individu yang dijangkiti monkeypox adalah lelaki gay atau biseksual, dengan 41 peratus daripadanya menghidap HIV dan median umur 38 tahun.

Keputusan awal penyelidik di Institut Spallanzani, hospital yang juga merupakan fasiliti penyelidikan penyakit berjangkit yang berpangkalan di Rom pula mengesahkan bahawa air mani/sperma boleh menjadi pembawa jangkitan virus monkeypox.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: