Antarabangsa

Vaksin Imvanex Diluluskan Cegah Monkeypox

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

EROPAH, 27 Julai 2022 – Badan Eksekutif Kesatuan Eropah meluluskan vaksin Imvanex bagi mencegah jangkitan monkeypox setelah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkan jangkitan itu sebagai kecemasan kesihatan global, lapor Al-Jazeera.

“Suruhanjaya Eropah telah memberi kebenaran buat syarikat yang memasarkan vaksin cacar, Imvanex sebagai perlindungan dari jangkitan monkeypox,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bavarian Nordic, sebuah syarikat vaksin yang membangunkan, membuat serta mengkomersilkan vaksin, Paul Chaplin.

Menurutnya, kelulusan vaksin tersebut sah digunakan untuk semua negara anggota Kesatuan Eropah, Iceland, Liechtenstein serta Norway.

Tambahnya, ketersediaan vaksin yang diluluskan boleh mempersiapkan negara dalam menghadapi penyakit baharu yang muncul.

Namun katanya, ia memerlukan pelaburan dan perancangan berstruktur bagi kesediaan biologi.

Vaksin Imvanex ini telah diluluskan di Kesatuan Eropah sejak 2013 bagi menangani jangkitan cacar dan dianggap sebagai vaksin yang berpotensi untuk monkeypox kerana persamaan antara virus monkeypox dan virus cacar, kata Al-Jazeera.

Baru-baru ini, WHO telah mengumumkan jangkitan monkeypox sebagai Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (Public Health emergency Of International Concern (PHEIC)).

Lapor samudera.my, perkara itu diisytiharkan berikutan daripada peningkatan mendadak jumlah kes yang dilaporkan oleh negara-negara bukan endemik monkeypox.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: