Antarabangsa

Elak Hubungan Seks Jika Dijangkiti Monkeypox – UK

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM (UK), 02 Jun 2022 – “Pesakit perlu menahan diri dari melakukan hubungan seks selagi mana bergejala,” berikut merupakan saranan oleh Agensi Kesihatan dan Keselamatan (NHS) UK terhadap pesakit yang dijangkiti wabak cacar monyet (monkeypox).

Jelas NHS, pesakit yang bergejala perlu mengelakkan dari berhubung dengan orang lain sehingga luka mereka pulih.

Lapor The Hill, pesakit yang dijangkiti wabak monkeypox ini tidak lagi mampu menjangkiti orang awam apabila luka mereka kering.

Wabak berjangkit ini juga boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan yang sering digunakan oleh pesakit, seperti cadar tilam dan selimut.

Pakar juga mengesyaki bahawa punca wabak monkeypox ini adalah daripada dua pesta seks di Belgium dan Sepanyol, ini kerana kebanyakan pesakit awal wabak ini adalah daripada golongan lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki.

Pengguna media sosial turut mengutarakan pendapat masing-masing berkenaan hal ini, Jim Kehoe , seorang pengguna laman Twitter, menyatakan:

“Tak menjadi masalah. Saya rasa pesakit tersebut tentu sekali tidak akan dapat mengadakan hubungan seks sehingga luka-lukanya sembuh.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: